Monday, March 27, 2017

Aqua Park Shinagawa

Post kali ini adalah berkenaan kunjungan saya dan keluarga yang datang dari Malaysia ke Aqua Park Shinagawa 3 tahun lalu.
Aqua park ini sangat dekat dengan station dan compact saja saiznya.

Namun kami amat amat terhibur dengan pertunjukan ikan lumba-lumbanya!

Jemput saksikan









Ini antara gambar-gambar ikan dan hidupan laut yang sempat kami snap kan.













Harga untuk masuk ke sini adalah 2200yen untuk dewasa,1200yen untuk anak-anak sekolah rendah dan menengah bawah,serta 700yen untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.

Selain aqua park shinagawa ini, terdapat juga Yokohama Hakkejima Sea Paradise(saya masih belum berpeluang ke sana).
Semoga post ini bermanfaat untuk anda plan percutian semasa di Jepun nanti.

Halal yakiniku tabehoudai(eat all you want) @Kameido

Salam semua.

Hari ini saya nak kongsikan berkenaan kedai halal yakiniku yg mana kita boleh order sampai kenyang dalam tempoh 70minit(jika x silap saya) Belum sampai 70 minit pun dah kenyang sangat2!

Kedai ni namanya Kyuryujyou dan ianya terletak di Kameido station.
Ruang kedainya agak luas dan tiada masalah untuk membawa stroller ke dalamnya.


Bangunan restoran

Halal,insya Allah

Sejenis organ dalaman(usus agaknya)

Kalau datang waktu lunch,dapatlah merasa masakan chinese.ada nasi goreng,ma-bo doufu,ayam goreng dll

Gyouza dan kuih-muih.
kuih bom yg sangat sedap!!intinya berbeza dengan kuih bom inti kacang hijau malaysia.kalau datang sini saya memang sarankan kalian cuba kuih bom ni!

Kimchi pun ada

Daging...lembut je


Bakar dengan arang


Yg ni tan-shio(lidah lembu,sedap dan lembut je)


Pada saya,berbaloi datang ke kedai ni, terutama waktu lunch kerana terdapat tabehoudai untuk masakan chinese sekali.
Ada juga corner untuk pembasuh mulut dan drink bar(ada macam2 jenis minuman)
 
Harga untuk seorang pada waktu lunch :2280yen(tidak termasuk cukai)

Yg bestnya, kedai ni ada tempat untuk solat ❤️
  

Memang kenyang sangat2 kami hari tu.Alhamdulillah.
Semoga bermanfaat.

Halal yakiniku @ Shibuya

Ini pula saya nak kongsikan berkenaan kedai halal yakiniku di Shibuya.
Kedai ini namanya Gyumon.

Untuk rujukan, kalian bolehlah check laman web Halal Media Japan yg memang banyak kongsikan info berguna kepada muslim di sini.












Memandangkan ini adalah kunjungan saya ke kedai ini 2 tahun yg lalu, saya sudah lupa harganya. Tapi rasanya memang sedap.
Terdapat ruang private di tingkat 2 dan anda akan dapat makan dengan tenang.

Semoga bermanfaat :)